Archive for August 13, 2008

SELAMAT PAGI GADIS

Mantap giler!!!
That what I juz wanna say….

Waktu Indah Dahulu

**Quality sound very bad on this clip…
Juz try imagine the sound juz nice…. Chaya sama lu….

Tatyana

Tatyana

Nabil

Nabil

Azizi

Azizi

Ali

Ali

Apit

Apit

Indie/Garage
Based in: Malaysia
Formed : 2008
Label: Undecided
Official Website: www.myspace.com/selamatpagigadis

Bio :
Selamat Pagi Gadis atau sinonim sebagai SPG di kalangan rakan-rakan merupakan sebuah kugiran hasil gabungan secara tidak sengaja idea pencinta-pencinta musik dari pelbagai genre yang berkiblatkan variasi musik indie Malaysia serta mempunyai kekuatan dalam konteks penghasilan lagu dan lirik yang tepat memenuhi citarasa serta halwa telinga jutaan pendengar musik serantau terutamanya di Malaysia.

Bermula pada awal 2008, Nabil, seorang pencipta lagu dan penulis lirik yang amat meminati musik eksperimen, jazz, dan surf, bercita-cita untuk mewujudkan sebuah kugiran di Malaysia untuk memenuhi cuti musim panasnya di tanahair setaip tahun yang mendatang. Berplatformkan layar putih internet yang sinis, Nabil memulakan pelayarannya mencari bakat-bakat besar yang bersembunyi di balik industri musik indie negara. Pertemuan dengan Tatyana, pencinta musik alternatif yang berpengalaman luas dalam bidang nyanyian, dan Apit, penyanjung musik garage+indie, yang giat dalam penciptaan lagu dan lirik untuk kugiran indie rakan-rakan seperjuangannya, seperti telah ditakdirkan. Pertukaran pendapat dan idea dalam penghasilan musik bagaikan mencetus kemaraan bersama gabungan menjadi satu formula dalam pengwujudan sebuah kugiran bernafas baru dalam industri musik Malaysia. ‘Bicara’, lagu lama nukilan Nabil beberapa tahun sebelum, menjadi tunggak pertama pengubahan semula oleh Selamat Pagi Gadis yang nama kugiran ini diberikan oleh Tatyana secara spontan.

Dalam pada SPG giat mengolah dan menggubah lagu-lagu baru, Nabil memperkenalkan Zizie, rakan lamanya yang bergiat dalam orkestra institusi pembelajarannya sebagai drummer, kepada Tatyana dan Apit, lalu menerapkan Zizie di dalam kugiran SPG. Sekepulangannya Nabil tanahair awal Jun 2008, SPG mula bertemu dan bermain di studio tanpa bimbingan bunyi bass tetap. Syed Ali, pemusik genre funk+fusion, rakan rapat Nabil sewaktu di luar negeri, kemudiannya dipanggil menyertai SPG secara tidak di rancang pada mulanya untuk membantu proses rakaman, namun keserasian Syed Ali bersama SPG membuatkan Syed Ali kekal di dalam kugiran ini lalu wujudlah kugiran Selamat Pagi Gadis yang lengkap barisan pemusiknya.

Pada waktu warkah ini ditulis, SPG telah selesai merakamkan 2 buah lagu secara kasar di Studio Enchik. Shami, Gombak dan akan menyambung proses rakaman beserta beberapa buah lagu lagi untuk dipenuhkan secara padat di dalam produk EP pertama SPG yang diberi nama ‘Kinetik Hati’ yang akan keluar tidak lama lagi. Untuk memenuhi permintaan rakan-rakan dan pendengar, SPG melahirkan produk single pertama berjudul Waktu Indah Dahulu berserta bonus lagu Bicara di dalamnya secara D.I.Y terlebih dahulu.

KUGIRAN MALAYA

The only one song I got from this band…. Hope so I got more song from u guys soon…..

Epilog Cinta

Formed: 2008
Members:
Shazmyl – Vocal & Lead Guitar Dj Nast – Turntablist Syam – Bass
Label: INDIE
Official Website: www.myspace.com/kugiranmalayaonline
Bio:
Ideolgy KM untuk menghasilkan muzik aliran baru dengan menggunakan tiga jenis peralatan muzik yang dimainkan oleh tiga ahli muzik iaitu DJ Nas-t,Shazmyl dan Sham.Dengan membawa genre muzik yang unik,Visi KM adalah untuk membawa muzik ke satu tahap yang baru.-KM